Sunday, September 26, 2010

Orang Asli

Siapa Orang Asli?
Istilah orang asli diperkenalkan dalam bahasa Melayu pada tahun 1950an untuk merujuk kepada beberapa kelompok kecil manusia khususnya yang mendiami kawasan pendalaman dan kawasan-kawasan di pinggirannya di Semenanjung Malaysia. Orang Asli juga dikenali dengan nama lain seperti Orang Darat,Orang Bukit,Orang Hutan dan lain-lain lagi.
Jumlah penduduk Orang Asli ialah 116,119 orang ,sumber dari banci PPRT oleh UPP dan JHEOA tahun 1998), yang dibahagikan kepada 18 kumpulan etnik dan bertutur dalam 18 bahasa, dan sebahagian besar bahasa tersebut dikelasifikasikan sebagai bahasa Mon-Khmer.
Secara rasminya mereka terbahagi kepada kepada 3 suku bangsa iaitu Melayu Asli, Negrito dan Senoi dan setiap suku tadi dipecahkan pula kepada 6 suku kaum, menjadikan ianya 18 suku kaum. Kesemuanya bertutur dalam 18 bahasa yang berlainan,adat,wajah dan muzik yang berlainan.

SUKU BANGSA
MELAYU ASLI
NEGRITO
SENOI
Jakun
Bateq
Che wong
Orang Kateq
Jahai
Jah Hut
Orang Kuala
Kensiu
Mah Meri
Orang Seletar
Kintaq
Semai
Semelai
Lanoh
Semoq Beri
Temuan
Mendriq
Temiar


Berbeza dari segi bunyian, tarian dan muzik.
Sewang = Kaum Negrito dan Senoi sahaja (alat muzik dari bahan2 hutan seperti buluh,rotam,bertam dan lain-lain).
Melayu Asli = Joget, dondang sayang dan lain-lain lagi (lebih maju).
Ekonomi
Melayu Asli = petani atau nelayan yang tinggal menetap di satu-satu kawasan penempatan.
Negrito = pemburu dan pengumpul makanan secara berpindah randah, mereka tinggal di satu tempat, 1 hingga 2 minggu sahaja tauapun bergantung kepada musim atau hasil perolehan.
Senoi = Tinggal secara menetap tetapi masih amalkan berpindah randah,baisanya mereka akan mengusahakan tapak pertanian antara 2 hngga 3 tahun atau setelah tanahnya subur mereka akan mencari tapak yang lain.

No comments:

Post a Comment

Video Sewang

Powerpoint


Muzik Orang Asli -